27 September 2009

Puasa Beri Peluang Membaiki Kualiti Diri



Di dalam bulan Ramadhan umat Islam di wajibkan berpuasa kerana Puasa adalah satu tuntutan yang tidak dikecualikan kepada setiap mukallaf yang dalam keadaan sihat tubuh badan dan akal fikiran. Bulan Ramadhan adalah BULAN RAHMAT DAN BULAN BERKAT.

Puasa dapat memberi peluang kepada kita memperbaiki kualiti IMAN dan AMAL kita dalam pengabdian kita kepada sang Pencipta. Jika diperhitungkan secara teliti, masa untuk kita beribadah bagi umat Islam tidaklah panjang sangat dan sangat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan nikmat kurniaan Allah kepada kita.

Misalnya,puasa hanya sebulan daripada 12bulan, 14 jam daripada 24jam, 14jam sehari bersamaan dengan 840minit dan 50,400saat. Jika didarabkan dengan lazimnya berpuasa 29hari bersamaan 696 jam, 41,760 minit, 2,505,600 saat sahaja masa sebenarnya umat Islam berpuasa!

Justeru itu, rebutlah peluang yang sedikit ini dengan setamak- tamaknya. Puasa mampu melemahkan segala anggota yang berkeinginan untuk menurut hawa nafsu. Ini kerana, apabila perut kita lapar, segala anggota menjadi kenyang dan begitulah sebaliknya kehidupan kita sehari-hari apabila perut kita kenyang maka segala anggota menjadi lapar. Sekadar renung-renungan kita bersama. SELAMAT BERAMAL DI BULAN YANG MULIA INI.

0 comments:

LISTEN TO QURAN