29 September 2009

Rahsia Perkahwinan

TAHUKAH ANDA RAHSIA PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD S.A.W?????
ADAKAH BENAR NABI KITA GILA SEKS???
SEPERTI YANG DIBURUK-BURUKKAN OLEH ORIENTALIS???

Bilangan isteri Nabi Muhammad s.a.w seramai sebelas orang telah mengundang kontroversi sesetengah pihak. Orientalis Barat mengatakan Baginda mempunyai isteri yang ramai kerana nafsu seks yang terlalu kuat. Namun, anggapan ini ternyata tidak berasas sama sekali. Ini terbukti apabila sirah atau sejarah perkahwinan Baginda mempunyai pelbagai sebab dan musabab untuk renungan umat Muhammad muktahir ini samaada hujah bagi mereka yang berpoligami sama revelen dengan hujah tersirat Nabi Muhammad s.a.w. Memang tidak dapat dinafikan hujah 'berkahwin lebih daripada satu adalah mengikut sunnah Nabi' merupakan hujah yang kuat bagi mereka yang tidak memilih kehidupan bermonogami...Namun,adakah pelaksanaan sunnah Nabi itu terlaksana secara praktikal??

Mari kita terokai rahsia perkahwinan Baginda bersama seramai 11 orang puteri- puteri terpilih pilihan Allah antaranya Khadijah,Aisyah,Habsah,Zainab,Juwairiyyah,Safiyyah,Saudah,
Zainab bt Jahsh,Ummu Habibah,Ummu Salamah dan Maimunah..



Rahsia pertama: Perkahwinan adalah fitrah semulajadi manusia.
Perkahwinan Baginda bersama Khadijah bt Khuwalid boleh disifatkan sebagai satu perkahwinan yang dilakukan kerana fitrah semulajadi seorang manusia.Lelaki dan perempuan mempunyai naluri semulajadi untuk dicintai dan disayangi. Soal nafsu seks yang melampau tidak timbul sama sekali. Apatah lagi ketika itu Baginda berumur 25 tahun sedangkan Khadijah berumur sekitar 40 tahun.

Rahsia kedua: Perkahwinan adalah untuk menjaga kehormatan dan melindungi wanita.
Perkahwinan Baginda bersama Umm Habibah bt Abi Sufyan adalah sebagai menjaga kehormatan dan melindungi wanita selepas kematian suami pertama beliau dan memandangkan ayahnya seorang penentang kuat agama Islam ketika itu. Justeru itu, lamaran Baginda memperisterikan Umm Habibah dapat menyelamatkan Umm Habibah daripada kembali kepada Agama asalnya.

Rahsia ketiga: Perkahwinan adalah untuk menjelaskan sesuatu hukum.
Perkahwinan Baginda bersama Juwairiah binti al- Harith adalah seorang wanita musyrik daripada Banu al- Mustaliq yang dapat dijelaskan kepada kita sesuatu hukum bahawa boleh seseorang lelaki berkahwin dengan wanita musyrik setelah wanita tersebut memeluk Islam.

Rahsia keempat: Perkahwinan untuk membolehkan Islam tersebar.
Perkahwinan Rasulullah bersama Aishah binti Abu bakar boleh disifatkan sebagai medium untuk menyebarluaskan ajaran Islam ini kerana tempoh Aisyah bersama Baginda sangat lama dan membolehkan beliau mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam. Malah beliau banyak mengingat amalan dan kata- kata Rasulullah. Secara tidak langsung Aishah dapat meriwayatkan 2,210 buah hadis daripada Rasulullah menyebabkan Islam terus tersebar walaupun Baginda telah lama wafat.

Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh hujah-hujah konkrit daripada setiap tindakan Nabi Muhammad s.a.w telah membawa manfaat untuk Agama kita. Sekadar renungan kita bersama adakah sunnah yang kita sering hujahkan, cukup padu dalam melayari sunnah Nabi secara praktikal dalam kehidupan berpoligami.

1 comments:

Anonymous said...

kahwin muda lak cmne????
sunnah gak ka

LISTEN TO QURAN