27 September 2009

Tiga Amanah WAJIB Dijaga Setiap Mukallaf

AMANAH merupakan asas atau benteng dalam agama baik berupa perkataan atau perbuatan, zahir mahupun batin. Memelihara AMANAH yang dipertangungjawabkan adalah sesuatu yang berat untuk dipikul oleh individu muslim. Amanah berada dalam semua lingkungan usia manusia sama ada ia bergelar sebagai hamba Allah, pekerja atau seorang pelajar .Tiga ketegori amanah yang Wajib dipelihara:


AMANAH KEPADA ALLAH
Amanah kepada Allah bererti melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seperti solat,wudhuk,puasa dan lain-lain lagi.


AMANAH TERHADAP DIRI SENDIRI
Amanah terhadap diri sendiri termasuk memelihara anggota tubuh badan iaitu lidah daripada mengumpat, mencaci dan sebagainya. Memelihara telinga daripada mendengar perkataan yang dusta. Memelihara seluruh anggota daripada terjebak ke lembah kemaksiatan dan sebagainya.



AMANAH TERHADAP MANUSIA
Amanah terhadap manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia boleh dikaitkan dengan seorang pelajar dengan guru, seorang anak terhadap ibubapa, pekerja terhadap majikannya, isteri terhadap suami dan lain- lain lagi contoh yang menunjukkan kejujuran kita terhadap sesuatu perkara.



Justeru itu, kita sebagai pelajar dalam konteks menuntut dan mencari ilmu haruslah taat kepada guru (PENSYARAH) dalam setiap amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita agar ilmu yang diberikan mendapat redha dan berkat daripada ALLAH.

0 comments:

LISTEN TO QURAN