21 October 2009

SALAM IMTIHAN


STUDENT MENCARI 'DEKAN' DI SISI DEKAN....ATAU MENCARI DEKAN DI SISI-NYA


Salam Imtihan untuk sume shbat2 seperjuangn sy...jabatan pengajian dakwah & kepimpinan...dan sume kenal2an saya....dalam kesibukkan mengurus program MD sebelum ini dan dalam kekalutan menyiapkan + menghntr + membaiki asaimen2 yg berbaki sebelum bermulenya gelanggang PEPERIKSAAN...kini, debaran exam makin terasa...


apa persiapan MAHASISWA?????


ADAKAH MENCARI DEANLIST DI SISI DEKAN??? ATAU MENCARI DEANLIST DI SISI ALLAH????




Peperiksaan adalah suatu penentu kepada kefahaman kita terhadap sesuatu subjek..tapi belum tentu ilmu yg kita blaja, kite fahami slps tamat exam.....realiti pelajar pd hari ini blaja + menduduki exm hnye untk peperiksaan semata2, malah menempuh kejayaan semata2 untk cemerlang di sisi manusia.....ada pula menganggap exm sebagai satu bebanan, kongkongan,stresss dan mcm2 lg (kalo boley xyah la exm2 ni)..tapi, tidak terfikir ke kita bahwa dgn peperiksaan sebenrnye kita dapat menmbh+ menggembang+menilai mutu ilmu serta merasai keizzahan exm itu sendiri yg kite blaja selama bbrpa hari/bln/sem/thn/...emmm byk sebenrnye faedah2 exm ni...



Justeru itu, sy seru kpd sume yg nk menghadapi exm persiapkan diri dgn pelbagai persediaan mental, fizikal,rohani dan emosi.....(pesanan utk diri sendiri sebenrnye)..selamat berjuang!!!




Hasratku Tercapai


Pada 12- 16 Oktober 2009 telah berlangsungnya satu progrm MINGGU DAKWAH atau MD09 dengan jayanya..Ia bermula dgn satu hasrat seorang wanita yg lemah untuk meneruskan satu program MEGA di Kelab Jawatankuasa Kepimpinan Mahasiswa (JAKMA), mmg dasarnya tidak terfikir untuk mengemudi atau mengepalai satu2 program yg agak besar mcm ni..tp sume kuasa Allah, sape kate wanita xleh jadi ketua pengarah utk berprogram..huhu, akhirnya program MD ini terlaksana dengan baik walaupun byk onak dan duri yg ditempuhi...
Idea dan pwork mule dibina ketika praktikal di JAWI lagi (pas abes sem 4,skang sem5)..fuh, lame sgt duk pulun wat pwork..rangka2 bajet..susun atur jadual..cari2 org2 y boley bg ceramah, cari2 perasmi, fikir2 tema & pengisian dlm program dan mcm2 lagi laaa....huhu...blik2 pwork kene reject (kene baiki sket la) oleh Ketua Jabatan Prof Madya Dr Fariza sbb jadual mulenya padat sket (maklum la first time wat pwork!) asalnya nk gune nama KARNIVAL DAKWAH tp, dr fariza xsetuju...emmmm lps 2 anta la pwork ke PPP..preparation punye teruk tetibe ade masalh bertembung ng tarikh prog kelab len pulk...adusssssss sedeynye..diuji lagi,time 2 bln ramadhan..raya dah nk dekat... sponser duk cari2 lg...akhirnya dgn berkat usaha tarikh dpt ditunda dn bsm2 sharing tempt ng kelab Jannah....diuji lg...tp sumenya ade hikmah...
...............cerita bersambung lg!!nantikan..

10 October 2009

Wanita Dan Iktibar Daripada Pokok Semalu

Saya amat tertarik dengan salah satu artikel yang pernah saya baca suatu ketika dahulu, di mana Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepada puteri kesayangan Baginda iaitu Sayidatina Fatimah r.ha tentang sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita.Terdapat empat aspek pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada kejadian pokok tersebut antaranya:

  • Pertama, sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat.
  • Kedua, kita sedia maklum semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Simboliknya wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya.
  • Ketiga, akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.
  • Keempat, semalu dengan sendirinya menguncup apabila waktu senja. Seolah- olah ciptaan Allah swt ini memperingatkan kepada kaum wanita supaya pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap.

MALU adalah sebahagian daripada IMAN. Malu bermaksud sifat atau satu rasa yang akan menggerakkan hati seseorang itu supaya meninggalkan kejahatan.Sifat malu ini juga boleh diistilahkan berasa aib kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan dalam ketaatan kepada Allah. Namun apa yang menyedihkan, kita dapati wanita terutamanya golongan remaja sudah semakin hilang rasa MALU. Bahkan terjebak dalam gejala sosial, tidak memelihara pergaulan antara lelaki dan perempuan serta tidak mengenal mana yang haram dan halal disentuh. Oleh itu ibubapalah harus mendidik anak-anak mereka sejak daripada kecil lagi supaya anak-anak mereka terdidik dengan sifat malu. Justeru itu, kekalkanlah sifat malu dalam keadaan yang bertempat dan bukan malu tidak bertempat. Renungan bersama...

Penjagaan Warga Emas

Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah juga setiap yang muda pasti akan tua kelak.Warga Tua atau Warga Emas merupakan salah satu kumpulan minoriti kerana suara mereka kurang atau tidak didengari dalam perbincangan mengenai polisi yang melibatkan hak dan kepentingan mereka dalam sesuatu dasar.Contoh yang paling dekat yang boleh saya utarakan adalah sikap sesetengah anak yang mengabaikan penjagaan ibubapa mereka. Sedangkan Allah swt telah berfirman di dalam surah al-Isra' ayat 23 yang bermaksud:


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa kamu."


Ibn Kathir di dalam Mukhtasir Tafsir Ibn Kathir menjelaskan terdapat tiga cara penjagaan Warga Emas secara umumnya yang boleh diikuti bersama:


  • PERTUTURAN (KOMUNIKASI)

Allah swt telah memerintahkan kepada kita selaku seorang anak agar tidak mengeluarkan kata-kata kasar atau kurang sopan walaupun sepatah perkataan seperti 'ah' atau 'uh' ,apatah lagi mengherdik atau membentak ibubapa atau salah seorang daripada mereka. Sebaliknya Islam mengajar kita supaya melunakkan suara dengan lemah -lembut ketika berbicara di hadapan mereka sebagai tanda hormat kita kepada mereka.

  • CARA BERINTERAKSI (PERGAULAN)

Menjadi kewajipan ke atas seseorang anak merendahkan diri ketika berhadapan dengan kedua ibubapa dengan perasan penuh kasih sayang. Diumpamakan seperti kasih dan sayangnya mereka dahulu memelihara kita sewaktu kita tidak mengenali dunia yang fana ini.

  • SIKAP (PENERIMAAN)
Sikap atau penerimaan kita adalah yang terpenting dalam mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa kita, semoga Allah memberikan kemudahan, kesenangan kepada mereka di setiap usaha titik peluh mereka membesarkan kita.



Secara konklusinya, penjagaan Warga Emas ini dari sudut psikologinya mempengaruhi emosi dan konflik sosial mereka dalam menempuh satu alam yang dipanggil peringkat usia lanjut. Semoga kita menjadi anak-anak soleh dan solehah dalam menjaga ibubapa kita selagi hayat mereka ada. Justeru itu, jika tiada ibubapa kita di dunia ini, mana mungkin adanya kita sebagai seorang anak, pelajar, pendidik, pegawai, jurutera, angkasawan dan sebagainya yang telah mendidik dan memelihara kita. Ibubapalah permulaannya dan kita sebagai penyambung kesudahan hayatnya. Fikir-fikirkanlah.

09 October 2009

Bahana Seni Hiburan Mendominasi Bangsa

"BERHIBUR TIADA SALAHNYA...KERNA HIBURAN ITU INDAH ...TAPI APABILA DISALAHGUNAKAN IA MENJADI BAHANA KEPADA KITA!!!"


Kesenian adalah unsur pertumbuhan budaya bangsa yang membangun. Ia sentiasa mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi dan inovasi seseorang individu atau kelompok dalam masyarakat. Islam sabagai ad-Din yang sempurna mengharuskan seni hiburan dengan bermaksud membawa kebaikan dan bersifat mendidik, tetapi jika kita meneliti senario hiburan kini lebih mendominasi jiwa manusia sehingga manusia menjadi leka dan alpa. Adakah medium hiburan sebagai perosak manusia??? atau wujudnya penggerak (manusia) yang memesongkan fungsi medium sebagai satu wadah dakwah kepada umat manusia...


Berhibur memang tidak salah,asalkan bersesuaian pada tempat dan caranya.Wujudkan mesej dakwah dalam hiburan yang membawa ke arah pembentukkan jati diri manusia di samping menjaga batas-batas agama.Namun,dewasa kini dunia hiburan menjadi bahana kepada masyarakat terutama golongan remaja. Wujud pula pelbagai masalah seperti gejala sosial,melepak dan hedonisme yang menggerunkan kita. Sedangkan Islam mengajar kita memperbanyakkan zikir,tahmid dan sebagainya yang menjadi hiburan kepada kita untuk mengingati Allah dan Rasulnya.



Kesimpulannya, penulis ingin membawa persoalan adakah matlamat program-program hiburan ini seiring dengan matlamat pembinaan bangsa yang kita mahukan?????Adakah program-program seperti mentor,juara lagu, akademi fantasi, audition, one in the millions dan malaysian idol dapat mendekatkan masyarakat terhadap semangat kecintaan kepada bangsa,negara, agama khususnya??? Tepuk dada tanyalah IMAN..


Etika Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Islam

Pengurusan kewangan ialah satu proses menggunakan cara-cara tertentu bagi memperolehi dan memperuntukan sumber-sumber kewangan berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan dan mematuhi prosedur-prosedur dan kawalan-kawalan tertentu untuk mencapai matlamat organisasi secara cekap dan berkesan termasuk dalam proses perakaunan, laporan dan pengauditan.



Firman Allah di dlm surah as-Syu'araa ayat 181-184 yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu."

Dalam menguruskan sesuatu kerja, Islam telah menggariskan beberapa panduan yang baik untuk diteladani di setiap aspek kerja agar kerja kita mendapat berkat dan keredhaan Allah. Di antara etika- etika kerja yang perlu ada dalam pengurusan kewangan adalah:

  • Legaliti : ia bermaksud pengurusan kewangan harus mematuhi semua undang- undang, peraturan dan prosedur- prosedur yang telah ditetapkan seperti penerimaan, simpanan, pengeluaran, bayaran wang dan perakaunan.
  • Akauntabiliti : ia bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas segala kejayaan mahupun kegagalan di sesebuah organisasi. Pada kebiasaannya Penyata Kewangan akan diaudit oleh dua orang juruaudit yang telah dilantik bagi tujuan keselamatan dan mengelak penipuan.

  • Integriti : nilai ini sering dikaitkan dengan nilai- nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan sentiasa memelihara kepentingan ahli- ahli dalam organisasi. Selain itu, mempunyai ketulusan hati dan tahu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama.
  • Profesional : ia bermaksud setiap anggota harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dengan sempurna

Secara kesimpulannya, etika pengurusan kewangan haruslah dipraktikan dalam diri setiap individu sebagai satu amanah di dalam bekerja. Kesan yang amat besar akan wujud serta tidak berlakunya penyelewengan (penipuan) yang merupakan salah satu daripada sifat yang tercela. Islam mengutuk perbuatan menyeleweng yang berlaku khasnya dalam bidang mu’amalat. Apabila salah satu pihak menyeleweng, maka akan menyebabkan kerugian besar di dalam satu organisasi. Sebagai seorang yang bergelar muslim, kita haruslah memiliki etika-etika seperti ini bukan sahaja dalam urusan kewangan malah lebih daripada itu.

03 October 2009

Membentuk Sikap Positif Anak-Anak


Siapa yang tidak kenal seorang Pakar Motivasi yang ternama di Malaysia ini Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah yang banyak menulis buku-buku Motivasi selain secara langsung terlibat dalam penyiaran TV,astro OASIS dan lain-lain lagi. Saya tertarik dengan satu cetusan idea beliau dalam salah satu artikel majalah SOLUSI berkaitan dengan didikan anak-anak.


Beliau berpendapat memberi tugasan dan tanggungjawab yang mudah kepada anak-anak yang bersesuaian dengan usia mereka seperti menyiram pokok setiap petang, mengangkat kain, memberi makan kepada haiwan peliharaan (kucing) mampu membentuk sikap positif atau tanggungjawab kepada anak-anak sewaktu mereka kecil lagi.


Ramai ibubapa yang tidak sedar bahawa mereka boleh membentuk sikap positif anak-anak bermula di rumah lagi. Tetapi mungkin sesetengah ibubapa terlepas pandang terhadap satu keberkesanan yang begitu mudah ini. Jika diimbas kembali perjalanan kehidupan kita sewaktu kita kecil dahulu,ibubapa kita mendidik kita seperti membasuh kasut sekolah, mengangkat pakaian di jemuran,membantu mengemas rumah,menjaga adik ketika bermain di luar rumah dan sebagainya. Secara tidak langsung dan tidak sedar kita sudah besar dan pandai mengurus diri hasil daripada didikan ibubapa kita dahulu.


Antara Faedah Melatih Anak Membela Haiwan dan Menanam Pokok:


  • Melatih anak-anak menjadi insan bertanggungjawab
  • Melatih anak-anak menyayangi makhluk Allah yang lain
  • Mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara berfaedah
  • Mengajar anak-anak bahawa buat baik dibalas baik
  • Mewujudkan suasana harmoni dan bekerjasama
  • Mendidik anak-anak rasa bersyukur dan memanfaatkan apa yang dikurniakan oleh Allah.




Secara kesimpulannya, anak-anak adalah PERMATA , maka ibubapalah yang harus menggilapkannya agar tampak bersinar di masa dewasa mereka kelak. Didik mereka secara berhikmah, jangan terlalu memberi kebebasan dan jangan terlalu mengongkong malah bersederhanalah dalam kebijaksaan mendidik anak-anak.

LISTEN TO QURAN