09 October 2009

Bahana Seni Hiburan Mendominasi Bangsa

"BERHIBUR TIADA SALAHNYA...KERNA HIBURAN ITU INDAH ...TAPI APABILA DISALAHGUNAKAN IA MENJADI BAHANA KEPADA KITA!!!"


Kesenian adalah unsur pertumbuhan budaya bangsa yang membangun. Ia sentiasa mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi dan inovasi seseorang individu atau kelompok dalam masyarakat. Islam sabagai ad-Din yang sempurna mengharuskan seni hiburan dengan bermaksud membawa kebaikan dan bersifat mendidik, tetapi jika kita meneliti senario hiburan kini lebih mendominasi jiwa manusia sehingga manusia menjadi leka dan alpa. Adakah medium hiburan sebagai perosak manusia??? atau wujudnya penggerak (manusia) yang memesongkan fungsi medium sebagai satu wadah dakwah kepada umat manusia...


Berhibur memang tidak salah,asalkan bersesuaian pada tempat dan caranya.Wujudkan mesej dakwah dalam hiburan yang membawa ke arah pembentukkan jati diri manusia di samping menjaga batas-batas agama.Namun,dewasa kini dunia hiburan menjadi bahana kepada masyarakat terutama golongan remaja. Wujud pula pelbagai masalah seperti gejala sosial,melepak dan hedonisme yang menggerunkan kita. Sedangkan Islam mengajar kita memperbanyakkan zikir,tahmid dan sebagainya yang menjadi hiburan kepada kita untuk mengingati Allah dan Rasulnya.



Kesimpulannya, penulis ingin membawa persoalan adakah matlamat program-program hiburan ini seiring dengan matlamat pembinaan bangsa yang kita mahukan?????Adakah program-program seperti mentor,juara lagu, akademi fantasi, audition, one in the millions dan malaysian idol dapat mendekatkan masyarakat terhadap semangat kecintaan kepada bangsa,negara, agama khususnya??? Tepuk dada tanyalah IMAN..


2 comments:

Unknown said...

y pasal hiburan nila remaja kita suke pada zmn kini

liyana said...

berhibur merupakan fitrah setiap manusia tetapi jika hiburan yang melalaikan dan boleh membawa kita lupa untuk tunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim itu haruslah dijauhkan..berhiburlah tetapi mestilah dengan cara yang betul.

LISTEN TO QURAN