10 October 2009

Wanita Dan Iktibar Daripada Pokok Semalu

Saya amat tertarik dengan salah satu artikel yang pernah saya baca suatu ketika dahulu, di mana Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepada puteri kesayangan Baginda iaitu Sayidatina Fatimah r.ha tentang sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita.Terdapat empat aspek pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada kejadian pokok tersebut antaranya:

  • Pertama, sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat.
  • Kedua, kita sedia maklum semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Simboliknya wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya.
  • Ketiga, akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.
  • Keempat, semalu dengan sendirinya menguncup apabila waktu senja. Seolah- olah ciptaan Allah swt ini memperingatkan kepada kaum wanita supaya pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap.

MALU adalah sebahagian daripada IMAN. Malu bermaksud sifat atau satu rasa yang akan menggerakkan hati seseorang itu supaya meninggalkan kejahatan.Sifat malu ini juga boleh diistilahkan berasa aib kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan dalam ketaatan kepada Allah. Namun apa yang menyedihkan, kita dapati wanita terutamanya golongan remaja sudah semakin hilang rasa MALU. Bahkan terjebak dalam gejala sosial, tidak memelihara pergaulan antara lelaki dan perempuan serta tidak mengenal mana yang haram dan halal disentuh. Oleh itu ibubapalah harus mendidik anak-anak mereka sejak daripada kecil lagi supaya anak-anak mereka terdidik dengan sifat malu. Justeru itu, kekalkanlah sifat malu dalam keadaan yang bertempat dan bukan malu tidak bertempat. Renungan bersama...

3 comments:

Ismail bin Abd Munir said...

setuju jika dikaitkan wanita dengan pokok semalu.. namun masa kini menampakkan yang wanita seakan tidak malu mempamerkan aurat, memakai pakaian ketat. Siapakan yang bertanggungjawab dalam hal ini??? nak salahkan ibu bapa? kerajaan? atau diri sendiri??
FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

zaujah-abu Aisar said...

Setiap muslimah perlu mempunyai rasa malu
bukan malu yang tidak bertempat, tetapi rasa malu pada perkara yang sepatutnya.

zaujah-abu Aisar said...

Setiap muslimah perlu ada rasa malu. bukannya malu yang tidak bertempat, tetapi malu pada perkara yang sepatutnya.

LISTEN TO QURAN