03 October 2009

Membentuk Sikap Positif Anak-Anak


Siapa yang tidak kenal seorang Pakar Motivasi yang ternama di Malaysia ini Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah yang banyak menulis buku-buku Motivasi selain secara langsung terlibat dalam penyiaran TV,astro OASIS dan lain-lain lagi. Saya tertarik dengan satu cetusan idea beliau dalam salah satu artikel majalah SOLUSI berkaitan dengan didikan anak-anak.


Beliau berpendapat memberi tugasan dan tanggungjawab yang mudah kepada anak-anak yang bersesuaian dengan usia mereka seperti menyiram pokok setiap petang, mengangkat kain, memberi makan kepada haiwan peliharaan (kucing) mampu membentuk sikap positif atau tanggungjawab kepada anak-anak sewaktu mereka kecil lagi.


Ramai ibubapa yang tidak sedar bahawa mereka boleh membentuk sikap positif anak-anak bermula di rumah lagi. Tetapi mungkin sesetengah ibubapa terlepas pandang terhadap satu keberkesanan yang begitu mudah ini. Jika diimbas kembali perjalanan kehidupan kita sewaktu kita kecil dahulu,ibubapa kita mendidik kita seperti membasuh kasut sekolah, mengangkat pakaian di jemuran,membantu mengemas rumah,menjaga adik ketika bermain di luar rumah dan sebagainya. Secara tidak langsung dan tidak sedar kita sudah besar dan pandai mengurus diri hasil daripada didikan ibubapa kita dahulu.


Antara Faedah Melatih Anak Membela Haiwan dan Menanam Pokok:


  • Melatih anak-anak menjadi insan bertanggungjawab
  • Melatih anak-anak menyayangi makhluk Allah yang lain
  • Mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara berfaedah
  • Mengajar anak-anak bahawa buat baik dibalas baik
  • Mewujudkan suasana harmoni dan bekerjasama
  • Mendidik anak-anak rasa bersyukur dan memanfaatkan apa yang dikurniakan oleh Allah.




Secara kesimpulannya, anak-anak adalah PERMATA , maka ibubapalah yang harus menggilapkannya agar tampak bersinar di masa dewasa mereka kelak. Didik mereka secara berhikmah, jangan terlalu memberi kebebasan dan jangan terlalu mengongkong malah bersederhanalah dalam kebijaksaan mendidik anak-anak.

2 comments:

Syakirah Edrus said...
This comment has been removed by the author.
Membangun bersama Islam said...

salam sya, saya tertarik dengan isu pendidikan anak-anak yang cuba diketengahkan oleh sya dalam blog ini..anak-anak merupakan permata yang begitu berharga buat kedua ibu bapa dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ke jalan yang baik, tetapi apa yang kita lihat sekarang ramai ibu bapa terutamanya yang berkerja kurang memberi tumpuan dalam mendidik anak-anak. malah mereka memberi tanggungjawab itu kepada guru di sekolah dan bibik atau orang gaji di rumah untuk mengasuh anak-anak mereka..jadi terpulanglah pada ibu bapa itu sendiri bagaimana untuk mencorakkan kehidupan anak-anak samada ke jalan yang benar atau sebaliknya.

LISTEN TO QURAN