10 October 2009

Penjagaan Warga Emas

Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah juga setiap yang muda pasti akan tua kelak.Warga Tua atau Warga Emas merupakan salah satu kumpulan minoriti kerana suara mereka kurang atau tidak didengari dalam perbincangan mengenai polisi yang melibatkan hak dan kepentingan mereka dalam sesuatu dasar.Contoh yang paling dekat yang boleh saya utarakan adalah sikap sesetengah anak yang mengabaikan penjagaan ibubapa mereka. Sedangkan Allah swt telah berfirman di dalam surah al-Isra' ayat 23 yang bermaksud:


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa kamu."


Ibn Kathir di dalam Mukhtasir Tafsir Ibn Kathir menjelaskan terdapat tiga cara penjagaan Warga Emas secara umumnya yang boleh diikuti bersama:


  • PERTUTURAN (KOMUNIKASI)

Allah swt telah memerintahkan kepada kita selaku seorang anak agar tidak mengeluarkan kata-kata kasar atau kurang sopan walaupun sepatah perkataan seperti 'ah' atau 'uh' ,apatah lagi mengherdik atau membentak ibubapa atau salah seorang daripada mereka. Sebaliknya Islam mengajar kita supaya melunakkan suara dengan lemah -lembut ketika berbicara di hadapan mereka sebagai tanda hormat kita kepada mereka.

  • CARA BERINTERAKSI (PERGAULAN)

Menjadi kewajipan ke atas seseorang anak merendahkan diri ketika berhadapan dengan kedua ibubapa dengan perasan penuh kasih sayang. Diumpamakan seperti kasih dan sayangnya mereka dahulu memelihara kita sewaktu kita tidak mengenali dunia yang fana ini.

  • SIKAP (PENERIMAAN)
Sikap atau penerimaan kita adalah yang terpenting dalam mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa kita, semoga Allah memberikan kemudahan, kesenangan kepada mereka di setiap usaha titik peluh mereka membesarkan kita.



Secara konklusinya, penjagaan Warga Emas ini dari sudut psikologinya mempengaruhi emosi dan konflik sosial mereka dalam menempuh satu alam yang dipanggil peringkat usia lanjut. Semoga kita menjadi anak-anak soleh dan solehah dalam menjaga ibubapa kita selagi hayat mereka ada. Justeru itu, jika tiada ibubapa kita di dunia ini, mana mungkin adanya kita sebagai seorang anak, pelajar, pendidik, pegawai, jurutera, angkasawan dan sebagainya yang telah mendidik dan memelihara kita. Ibubapalah permulaannya dan kita sebagai penyambung kesudahan hayatnya. Fikir-fikirkanlah.

1 comments:

ijad said...

cantik blog ni dan bermacam macam ada..

LISTEN TO QURAN