29 September 2009

Amalan Pemakanan Menurut Perspektif Islam



Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang berbunyi:

يأيها الناس كلوا مما في الأرض حللا طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطن انه لكم عدو مبين

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi”.

Makanan dan minuman adalah satu perkara asasi yang diperlukan oleh setiap makhluk yang hidup tidak kira manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Ia juga merupakan satu keperluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan tubuh badan manusia bergantung sepenuhnya kepada makanan dan minuman. Namun, Islam telah mengajar kita amalan pemakanan yang seimbang dapat usaha mencari keredhaan Allah.

PERTAMA: Menggalakkan Makan Secara Sederhana

Amalan makan secara sederhana telah lama dipraktikkan oleh Nabi Muhammad sejak dahulu lagi sepertimana hadis Baginda ada menyebut 'makan bilamana lapar dan berhenti makan bilamana kenyang' . Baginda sendiri lebih suka berlapar daripada kekenyangan sepanjang hari. Bagi Baginda, LAPAR menjadikan kita berSABAR sementara kita makan menjadikan kita berSYUKUR di atas rezeki yang kita menanti waktu untuk dijamahnya.

KEDUA: Sopan Semasa Makan

Kesopanan ketika menjamah makanan dapat membezakan kita dengan haiwan, antara manusia yang berakal dengan haiwan yang tidak berakal. Manusia makan untuk hidup dan bukanlah hidup untuk makan. Rungkaian kata-kata yang sering kita dengar menggambarkan kepada kita makan merupakan satu keperluan bukan tujuan hidup semata-mata.


Perasaan makan dan minum adalah naluri semula jadi manusia yang membolehkan manusia hidup. Makanan yang dimakan akan menjadi darah daging manusia itu sendiri kerana ia membaiki dan menggantikan tisu- tisu dan sel- sel tubuh badan yang telah rosak. Melalui kaca mata Islam, tujuan pemakanan adalah untuk manusia mudah beribadat dan menjalankan aktiviti- aktiviti yang diredhai Allah. Sebagai manusia yang berakal dan beriman, kita dilarang memakan benda- benda yang diharamkan oleh Allah kerana makanan yang baik bukan sahaja untuk jasmani yang kuat malah untuk rohani yang mantap agar kita dapat mengekalkan identiti yang bercirikan Islam.

Rahsia Perkahwinan

TAHUKAH ANDA RAHSIA PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD S.A.W?????
ADAKAH BENAR NABI KITA GILA SEKS???
SEPERTI YANG DIBURUK-BURUKKAN OLEH ORIENTALIS???

Bilangan isteri Nabi Muhammad s.a.w seramai sebelas orang telah mengundang kontroversi sesetengah pihak. Orientalis Barat mengatakan Baginda mempunyai isteri yang ramai kerana nafsu seks yang terlalu kuat. Namun, anggapan ini ternyata tidak berasas sama sekali. Ini terbukti apabila sirah atau sejarah perkahwinan Baginda mempunyai pelbagai sebab dan musabab untuk renungan umat Muhammad muktahir ini samaada hujah bagi mereka yang berpoligami sama revelen dengan hujah tersirat Nabi Muhammad s.a.w. Memang tidak dapat dinafikan hujah 'berkahwin lebih daripada satu adalah mengikut sunnah Nabi' merupakan hujah yang kuat bagi mereka yang tidak memilih kehidupan bermonogami...Namun,adakah pelaksanaan sunnah Nabi itu terlaksana secara praktikal??

Mari kita terokai rahsia perkahwinan Baginda bersama seramai 11 orang puteri- puteri terpilih pilihan Allah antaranya Khadijah,Aisyah,Habsah,Zainab,Juwairiyyah,Safiyyah,Saudah,
Zainab bt Jahsh,Ummu Habibah,Ummu Salamah dan Maimunah..



Rahsia pertama: Perkahwinan adalah fitrah semulajadi manusia.
Perkahwinan Baginda bersama Khadijah bt Khuwalid boleh disifatkan sebagai satu perkahwinan yang dilakukan kerana fitrah semulajadi seorang manusia.Lelaki dan perempuan mempunyai naluri semulajadi untuk dicintai dan disayangi. Soal nafsu seks yang melampau tidak timbul sama sekali. Apatah lagi ketika itu Baginda berumur 25 tahun sedangkan Khadijah berumur sekitar 40 tahun.

Rahsia kedua: Perkahwinan adalah untuk menjaga kehormatan dan melindungi wanita.
Perkahwinan Baginda bersama Umm Habibah bt Abi Sufyan adalah sebagai menjaga kehormatan dan melindungi wanita selepas kematian suami pertama beliau dan memandangkan ayahnya seorang penentang kuat agama Islam ketika itu. Justeru itu, lamaran Baginda memperisterikan Umm Habibah dapat menyelamatkan Umm Habibah daripada kembali kepada Agama asalnya.

Rahsia ketiga: Perkahwinan adalah untuk menjelaskan sesuatu hukum.
Perkahwinan Baginda bersama Juwairiah binti al- Harith adalah seorang wanita musyrik daripada Banu al- Mustaliq yang dapat dijelaskan kepada kita sesuatu hukum bahawa boleh seseorang lelaki berkahwin dengan wanita musyrik setelah wanita tersebut memeluk Islam.

Rahsia keempat: Perkahwinan untuk membolehkan Islam tersebar.
Perkahwinan Rasulullah bersama Aishah binti Abu bakar boleh disifatkan sebagai medium untuk menyebarluaskan ajaran Islam ini kerana tempoh Aisyah bersama Baginda sangat lama dan membolehkan beliau mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam. Malah beliau banyak mengingat amalan dan kata- kata Rasulullah. Secara tidak langsung Aishah dapat meriwayatkan 2,210 buah hadis daripada Rasulullah menyebabkan Islam terus tersebar walaupun Baginda telah lama wafat.

Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh hujah-hujah konkrit daripada setiap tindakan Nabi Muhammad s.a.w telah membawa manfaat untuk Agama kita. Sekadar renungan kita bersama adakah sunnah yang kita sering hujahkan, cukup padu dalam melayari sunnah Nabi secara praktikal dalam kehidupan berpoligami.

27 September 2009

Tiga Amanah WAJIB Dijaga Setiap Mukallaf

AMANAH merupakan asas atau benteng dalam agama baik berupa perkataan atau perbuatan, zahir mahupun batin. Memelihara AMANAH yang dipertangungjawabkan adalah sesuatu yang berat untuk dipikul oleh individu muslim. Amanah berada dalam semua lingkungan usia manusia sama ada ia bergelar sebagai hamba Allah, pekerja atau seorang pelajar .Tiga ketegori amanah yang Wajib dipelihara:


AMANAH KEPADA ALLAH
Amanah kepada Allah bererti melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seperti solat,wudhuk,puasa dan lain-lain lagi.


AMANAH TERHADAP DIRI SENDIRI
Amanah terhadap diri sendiri termasuk memelihara anggota tubuh badan iaitu lidah daripada mengumpat, mencaci dan sebagainya. Memelihara telinga daripada mendengar perkataan yang dusta. Memelihara seluruh anggota daripada terjebak ke lembah kemaksiatan dan sebagainya.



AMANAH TERHADAP MANUSIA
Amanah terhadap manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia boleh dikaitkan dengan seorang pelajar dengan guru, seorang anak terhadap ibubapa, pekerja terhadap majikannya, isteri terhadap suami dan lain- lain lagi contoh yang menunjukkan kejujuran kita terhadap sesuatu perkara.



Justeru itu, kita sebagai pelajar dalam konteks menuntut dan mencari ilmu haruslah taat kepada guru (PENSYARAH) dalam setiap amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita agar ilmu yang diberikan mendapat redha dan berkat daripada ALLAH.

Puasa Beri Peluang Membaiki Kualiti Diri



Di dalam bulan Ramadhan umat Islam di wajibkan berpuasa kerana Puasa adalah satu tuntutan yang tidak dikecualikan kepada setiap mukallaf yang dalam keadaan sihat tubuh badan dan akal fikiran. Bulan Ramadhan adalah BULAN RAHMAT DAN BULAN BERKAT.

Puasa dapat memberi peluang kepada kita memperbaiki kualiti IMAN dan AMAL kita dalam pengabdian kita kepada sang Pencipta. Jika diperhitungkan secara teliti, masa untuk kita beribadah bagi umat Islam tidaklah panjang sangat dan sangat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan nikmat kurniaan Allah kepada kita.

Misalnya,puasa hanya sebulan daripada 12bulan, 14 jam daripada 24jam, 14jam sehari bersamaan dengan 840minit dan 50,400saat. Jika didarabkan dengan lazimnya berpuasa 29hari bersamaan 696 jam, 41,760 minit, 2,505,600 saat sahaja masa sebenarnya umat Islam berpuasa!

Justeru itu, rebutlah peluang yang sedikit ini dengan setamak- tamaknya. Puasa mampu melemahkan segala anggota yang berkeinginan untuk menurut hawa nafsu. Ini kerana, apabila perut kita lapar, segala anggota menjadi kenyang dan begitulah sebaliknya kehidupan kita sehari-hari apabila perut kita kenyang maka segala anggota menjadi lapar. Sekadar renung-renungan kita bersama. SELAMAT BERAMAL DI BULAN YANG MULIA INI.

13 September 2009

Jgn Pertikai Fatwa Yoga

Saya telah menghadiri satu Diskusi Mufti di Masjid Negara,tiga bulan yang lepas ingin berkongsi ilmu bersama pembaca sekalian mengenai satu isu yang hangat diperkatakan malah dipertikaikan oleh sesetengah pihak iaitu 'ISU PENGHARAMAN YOGA'.

Ahli Panel Kajian Akidah,JAKIM,Prof. Dr Abdulfatah Haron Ibrahim meminta agar mana-mana pihak tidak memperkitaikan fatwa pengharaman yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya-keratan Akhbar-


Seperti yang kita sedia maklum antara perkara-perkara yang boleh menghakis
'akidah adalah dengan sebab kegoyahan kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah atau menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah serta menerusi perbuatan muslim itu sendiri yang menjurus kepada terbatalnya IMAN.



























Sejarah YOGA ini sebenarnya berasal dari India yang diamalkan oleh penganut agama Hindu. Ia merupakan satu metod pendisiplinan yang menghubungkan antara manusia-tuhan mereka. Cari ini (YOGA) adalah bertujuan untuk mencari ketenangan,kejiwaan atau dengan istilah lainnya kerohanian bagi penganut agama Hindu,ia bukanlah cara yang diamalkan serta diperintahkan oleh Islam.

Jika diteliti secara logiknya konsep bersenam biasa ialah dengan mengeluarkan peluh tetapi tidak berlaku pada YOGA, malah ia menggunakan amalan membaca mentera yang dianggap mempunyai kekuasaan suci.Dari kaca mata kepercayaan penganut agama Hindu mengatakan bahawa mati dan hidup manusia berulang-ulang manakala dunia kekal tiada kiamat, masalah dosa pahala mereka pula akan dibalas dengan undang-undang KARMA.


Jelas pada kita selaku MUSLIM bahawa segala metod dan pendekatan yang diterapkan daripada senaman YOGA sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.Maka ummat Islam wajib memelihara 'akidah daripada terhakis dengan elemen-elemen khurafat,tahyul serta syubhat yang menyerupai amalan ibadat agama lain.Waallahu'alam

05 September 2009

Konsep Blog

"TEKNODAIE"- adalah merupakan singkatan kepada golongan pendakwah yang menggunakan teknologi dalam berdakwah..saya membawa konsep TEKNODAIE yang bersesuaian dengan era globalisasi kini agar saluran atau medium dakwah mampu selari dengan kemajuan dunia.


Ensiklopedia mencatatkan perkataan dakwah sering dirangkaikan dengan kata- kata ilmu dan islam sehingga menjadi “ilmu dakwah” atau ad- dakwah al- Islamiah”. Ilmu dakwah bermaksud sebagai suatu ilmu yang mengandungi cara- cara dan tuntutan untuk menganut dan melaksanakan suatu ideologi yang bercorak islam.



Jikalau dulu,dakwah biasanya di masjid, surau, rumah dan sebagainya..kini,media massa,media elektronik,media cetak berkembang untuk bersama-sama memperkasakan seruan dakwah.oleh itu,wujudlah blog ini yang diberi nama "TEKNODAIE" dalam tuntutan menyebarluaskan isu-isu yang berkaitan dengan pelbagai aspek agama seperti akidah Islam,pendidikan anak-anak,pembinaan keluarga Islam,kepimpinan,motivasi,kaunseling dan lain-lain lagi. Saya berharap agar bingkisan ilmu di dalam blog ini dapat memberi input-input yang bermanfaat kepada semua pembaca blog saya,terutama sahabat-sahabat seperjuangan jabatan dakwah dan kepimpinan khususnya dan mahasiswa FPI,UKM umumnya.

LISTEN TO QURAN